19 November 2014

Anugerah Dari Tuhan #1

Air
Hadiah dari Tuhan yang paling hebat
Mampu melenyapkan hutan konkrit
Dengan sekelip mata
Mampu meratakan tanah
Dengan sekali arus.

Air
Hadiah dari Tuhan yang paling murni
Mahu bantu makhluk-Nya di bumi 
Tetapi
Jika salah langkah hanya memakan diri.

Air
Hadiah dari Tuhan yang paling kuat
Jika air ini dimasukkan roh roh
Maka
Terhapuslah!
Terlenyaplah!
Spesis yang bernama manusia.

No comments:

Post a Comment