16 June 2020

PEMERHATI

Bila malam menjelma

Pungguk mula bertugas seperti biasa

Setelah habis menahan diri

Istiqomah terus untuk esoknya


Kain berbaldu merah dihampar

Air juga ditadah menghilangkan lelah

Mata tertumpu pada yang satu

Dahi juga mencium bumi


Hari ini seperti lain-lain

Masih mengomel betapa tidak adilnya dunia

Tetap juga merasa ini bukan tempatnya

Ini bukan dunianya


Dalam sepurnama yang lalu

Bauan baldu itu tak lekang dari derianya

Kalau ini adalah hadiah dari perkhabaran

Sepenuh jiwa direlakan


Dan apabila siang berganti diri 

Pungguk juga harus pergi

Semoga esok lelaki ini hindarkan gundahnya

Masih panjang hari yang tersisa.

14 August 2019

WARIS ULUNG MENANTI

Tangisan anak meraikan kemarau

Putih mulus

Kemerahan kulitnya

Disambut ditatang

Dibaluti sutera diraja


Berarak segala rakyat jelatanya

Dijunjung di puncak Maharaja Diraja

Digendong ibunya hasil campuran

Disirami bungaan di bawah Panca Persada


Tangisan anak pemecah nobat

Terlahir setelah berabad-abad

Waris ulung si darah biru Minang

Suburlah tanah padi yang menanti.

29 July 2019

JENDELA SI DARA

Diketuk jendela si dara

Meminta izin untuk melamar

Namun hati menolak gentar

Kudrat tak berdaya melawan


Si jaka merentap langsir si dara

Didakap 

Digenggam

Menerobos segala harta yang dilindung

Diperlakukan dengan jijik!


Mengalir air memusnah harapan

Dibayangi bayang hitam hingga lamanya

Disangka hilang segala keperitan

Tak disangka seumur hidup harganya

19 July 2019

RASA SAYANG

Adakah rasa sayang

Itu wujud cuma kerana untuk menimbulkan benci?


Adakah rasa sayang

Itu hanya muncul sesaat dua untuk amarah hadir seketika lamanya?


Jika itu hakikatnya

Jangan benarkan rasa itu hadir untuk merobekkan segala isi dan kukunya.

16 May 2019

SEMALAM

Semalam

Kita baharu saja tahun pertama

Wajah2 malar segar 

Tertanya-tanya apa yang bakal mendatang pada mereka


Semalam

Kita tahun dua

Wajah yang segar mulai pudar

Namun

Masih tertanya tanya apa nasib yang akan menunggu


Semalam 

Kita tahun tiga

Kita sudah berkobar2 untuk mengejar cita cita

Tapi

Satu dua sudah kecundang

Apakah masih kita teruskan berjuang!


Hari ini

Kita tahun akhir

Wajah pudar mulai ceria

Terpalit sedikit rasa hiba

Wajah yang dulunya tidak asing di setiap pelusuk ruang

Kini akan jadi titik mula untuk merasa janggal


Hari ini

Kita akan tatap untuk terakhir kalinya

Wajah Pengajar permata hati

Wajah Sahabat pemecah sunyi

Untuk sepanjang 1,460 hari


Sahabat,

Kita sudah pun jalan pada Semalam, Hari ini, Esok, Lusa, dan Tulat

Tapi malam ini,

Malam salam terakhir.

06 January 2019

TUAN MARHAEN

Kuning tanda kedaulatan

Intan sebagai perhiasan

Lagaknya seperti Tuhan

Tapi dia cuma Tuan keramaian


(Jumaat, 28/12/18)


28 December 2018

MENYANGKA SANGKAAN MEREKA

Senja hari itu

Ditemani keringat 

Namun tidak penat

Cuma lesu dan berat


Kerlingan tajam

Yang menikam

Diselangi senyum

Yang tak terlempar kembali


Tak terluah kata-kata

Tak terjangkau untuk buruk sangka

Tapi jawapannya dah tersedia

Aku tahu itulah sangkaannya


(Khamis, 27/12/18)




25 October 2018

Komunikasi 2 Darjat

Agaknya dunia kucar kacir akibat komunikasi ya?


Jika dahulu 

Mereka kata komunikasi sangat bagus

Ukhuwah dapat dipupuk

Tanpa sengketa atau bermasam muka


Itu kata mereka


Jika bagus mengapa selepas merdeka

Wujudnya perang antara kaum

Jika bagus mengapa selepas merdeka

Tercetusnya darurat meski dengan saudara sedarah


Jika hari ini

Mereka kata komunikasi kucar kacir

Kerana teknologi yang kian maju hari demi hari

Ukhuwah tidak terlihat

Apatah lagi kata sepakat




Itu kata mereka


Jika kucar kacir

Mengapa hari ini kita lihat anak muda punya kata sepakat 

Walau hanya di alam maya

Jika kucar kacir

Masakan anak muda kini lebih mudah  mencapai kesepaduan




08 January 2018

Iman

Disebalik tangan yang menadah doa,
Tersembunyi jari hantu melepaskan amarah
Disebalik tangan yang menakung wudhu',
Sesekali dua terlepas Tuhan untuk disembah.

(Selasa, 9/1/18)

Dua Bahagian

Dalam diri aku ada 2 bahagian
Bahagian yang orang suka merapat
Itu bahagian paling baik aku ada

Bahagian yang orang menjauh
Itu yang terburuk pernah aku bagi

Bahagian pertama merasakan diri sudah cukup baik
Rasa rasa sudah boleh melangkah ke Syurga

Tapi

Bahagian kedua menjadikan aku sekejam kejam Tanggang 
Namun sesaat dua aku tersedar aku silap
Tapi tiada kata maaf terpancul

Derhaka kah aku?