Dengar sini wahai wanita
Berdiri disini seorang lelaki
Ingin luah kata hati
Supaya kau semua mengerti
Tentang lelaki.
Dengar sini wahai wanita
Kami bukanlah kasanova
Suka tukar pacar
Rambang mata tengok sosok hawa
Namun itu semua lumrah alam
Lelaki pada perempuannnya.
Dengar sini wahai wanita
Kami bukanlah penghancur spesis kamu
Kami bukan juga penghancur hati kamu
Kami ingin bernafas
Kalau setiap masa ingin berkepit
Setiap masa ingin tampak romantik
Bukan saja kami,
Orang keliling juga rasa jelik.
Dengar sini wahai wanita
Kami bukan putera idaman kamu
Ini bukan cerita alam fantasi
Yang kamu mahu kami jaga hatimu
Sedang hati kami
Dikoyak-rabak,dipijak-pijak,dihenyak-henyak
Ada kamu simpati?
Aku bukan hero
Pelindung kaum lelaki
Tapi jika kamu samakan kami semua
Yang mana betul, yang mana salah?
Bahkan
Jika kami semua sama
Masakan kamu lahir kedunia.
Nice one :)
ReplyDelete