06 October 2014

Perca Hati

Dimanakah aku?
Gelap gelita
Tanpa satu lampu
Yang mahu menerangi cerita kita.

Dimanakah aku?
Pecah menjadi keping hati ini
Bagai dikoyak setiap isi
Sakit tidak terperi.

Lalu aku bangkit
Semata tidak ingin nampak sakit
Menjahit setiap perca ini
Supaya bersambung kembali.

No comments:

Post a Comment