Sampai bila mahu selindung dalam gua
Duduk terperuk bawah tempurung
Keluar jalan sedut cahaya
Supaya orang kenal kau seekor burung.
Jika kau tak mampu terbang
Aku bantu kau macam bangau dan kura-kura
Tapi jangan sesekali engkau megah kembang
Jatuh kura-kura kerna mulutnya dibuka.
Sekalipun engkau jatuh terjelepuk
Aku sedia hulur tangan mahu bantu
Sekalipun engkau di hujung tanduk
Jangan dilupakan aku.
No comments:
Post a Comment