Masih ingatkah engkau
Tentang naskhah mantera
Yang aku tulis lama dahulu.
Sebenarnya aku mahu tuju ke engkau
Agar biar kau rasa perit
Rasa sakit
Di setiap pelusuk hati.
Nampaknya
Mantera aku gagal
Mungkin aku didajal.
Mantera itu terkena padaku
Rasa dipaku
Sakit rasanya hatiku
Mengapa?!
Aku sudah serik
Dengan ini semua
Bilakan berakhir penderitaan ini.
No comments:
Post a Comment