28 August 2014

Tanah Merdeka

Tanah ini
Menjadi medan saksi
Para perwira menumpahkan bakti.

Tanah ini
Saksi waktu menjadi perlahan
Diragut maruah warisan
Dicabul hak kebebasan
Darah terpercikkan.

Tanah ini
Menjadi sebuah sejarah
Sebuah kisah
Yang mana ceritanya semua parah
Rakyatnya bergabung-berkerah
Hanya kerana sebuah tanah.

Tanah ini
Tanah warisan
Tanah pusaka
Tanah berharga
Tanah yang tiada nilainya

Ini
TANAH MERDEKA

No comments:

Post a Comment