Aku bukan siapa--
Yang mahu dibangga
Atau yang boleh mencairkan air mata
Jika aku berjaya.
Aku bukan siapa--
Yang boleh tarik kau ke syurga
Atau sekurangnya memberi bau harumannya.
Aku hanya pengguris hati orang tua
Yang memberontak
Hanya kerna aku fikir aku di-anak-tiri-kan oleh semua orang.
Namun
Aku tetap salah
Aku menafikan aku ini pentingkan diri
Aku menafikan aku ini tidak pernah prasangka
Aku menafikan aku ini tidak pernah disayangi
Aku menafikan semuanya!!!
Sejarah hidup aku ibarat
Satu titik warna dalam lubang hitam.
Namun
Aku tetap juga salah.
No comments:
Post a Comment