Bila fikir hari demi hari
Kita makin dekat dengan mati
Kau,dia dan aku--
Semua bakal ditarik roh dari jasad
Bila fikir hari demi hari
Aku mahu nangis
Keluar semua tahi-tahi
Jerit kuat dalam hati
Rayu pada diri sendiri--
Sebab semua manusia tak mahu dengar aku sampaikan cerita basi
Bila fikir hari demi hari
Aku mahu jumpa semua sodiki
Peluk dan cium dahi
Agar mereka semua mengerti yang aku mahu pergi
Bila fikir hari demi hari
Nafas makin pendek
Tak dengar suara yang keluar
Dek kerana jumlah pernafasan itu hanya cukup-cukup untuk sang nyawa ikan
Kalaulah boleh aku bukukan
Aku canang seluruh alam
Bukan semua episod aku pahit.
Saat aku selak episod-episod gembira
Aku senyum sendiri
Luar dalam aku senyum
Seperti momen-momen indah itu berlaku lagi.
Indahnya hidup kalau seperti pelangi.
Kerja aku tetap memerhati
Tapi bukan dari sini
Aku buat dari tempat yang engkau tak ketahui.
No comments:
Post a Comment